10 AM
12 o'clock from the cashier
Kafetaria,
Kampus Perubatan,
Universiti Sains Dan Inovasi Malaysia (USDIM)
"Wah..Adnin..lawa baju kau harini..ada apa-apa ke?", sapa Alya Batrisyia, teman rapat Nurul Adnin.
"Mestila..baju raya ni..bau kedai lagi tau", balas Adnin bangga.
"Oh ye ke..tu la..matching je..tudung biru laut plain, baju kurung corak bunga-bunga kecil biru, background putih..cun gile", komen Alya kagum.
"Ye..thank you..tapi sorryla..aku tak cukup duitla harini untuk belanja kau sarapan", jawab Adnin seperti mengetahui akan adanya udang di sebalik mee.
"Ala..kau ni Adnin..tak baik tau..aku puji ikhlas ni", jelas Alya menepis sangka buruk Adnin.
"Yelah..yelah..terima kasihlah..wahai sahabat baikku, Puteri Alya Batrisyia yang rupawan", balas Adnin sambil tersenyum.
"Ok..ok..jom tukar topik..Adnin, kau tau tak..ada budak baru join batch kita", kata Alya.
"Oh ye ke..", balas Adnin sambil terus membaca majalah PC yang baru dibeli. Nasi goreng yang masih panas dikunyah perlahan.
"Yup..Dia masuk direct dari A-level program..dengarnya dia datang dari UK..mesti english berabuk", tambah Alya lagi.
"Hmm..hm..", balas Adnin acuh tak acuh.
"Eh Adnin..concentrate la sikit..dia masuk dgn CGPA 4.0 ceritanya..and the best thing is..muka dia macam Keanu Reeves tau!!", jelas Alya panjang lebar.
"Oh..ye ke..oh my God..I hate Keanu Reeves..bukan dia gay ke? and by the way..kenapa kau sibuk bagitau aku detail info pasal mamat tu?", tanya Adnin mula berang kerana sarapan paginya terganggu.
"Ala..Alya..rumors je yg kata Keanu Reeves tu gay..and for your information, aku bagitau kau..sebab mamat tu..satu group dengan kau untuk PBL (Problem based Learning)(1)nanti", balas Alya sambil tersenyum penuh makna.
"So?..kau nak aku jadi posmen tak bertauliah untuk kau?", tanya Adnin tanpa bertapis-tapis lagi.
"Takla sampai macam tu....tapi..possibility tu ada..keh keh..", jelas Alya sambil ketawa nakal.
"Sorry..not in a lifetime..wrong person..jangan harap..never..mowwa...nehi!", balas Adnin tegas dalam empat bahasa yang diketahui sedikit-sedikit.
"Ala..Adnin..please..please...kita kan kawan dunia akhirat...", pujuk Alya tanpa putus asa.
Adnin terus menutup kedua-dua gegendang telinganya dengan telapak tangan.
"Eh Adnin..mamat tu ada kat sini la..", tiba-tiba Alya berbisik ke telinga kanan Adnin.
"3 o'clock from us..tengah makan bihun goreng..baju kemeja kotak-kotak merah", tambah Alya lagi, sambil berpura-pura memandang ke arah lain.
"Laa..specky and nerdy ke?", balas Adnin dengan pernyataan berbau kutukan.
"Yela specky..but not nerdy okay..kalau die pakai contact lens memang sebijik macam Keanu Reaves tau..smoking hot!!", jawab Alya membela pemuda pujaannya.
"Ok..stop looking..he's gonna look towards us now", Alya memberikan arahan.
"And..why is that?", balas Adnin, curious.
"Because..we're sitting just in front of the cashier, and he's gonna pay his meal right now, sebab dia dah telan semua mihun dia..satisfied?", jawab Alya geram.
"Err..aku pun dah habis makan la Adnin..aku nak pergi bayar jugakla..hehe", jelas Alya sambil ketawa penuh rahsia.
"Yela..pegi la...kejar Keanu Reeves kau tu", jawab Adnin sambil meneruskan pembacaan majalahnya.
--------------------------------------------------------------------
Isnin, 23 Julai 2000
10 AM
3 o'clock from the cashier
Kafetaria,
Kampus Perubatan,
Universiti Sains Dan Inovasi Malaysia (USDIM)
"What am I doing here?", bisik Nabil Ifwat di dalam hati. Keputusan pakciknya yang nekad untuk menghantarnya melanjutkan pelajaran di universiti ini tidak mampu dihalang lagi. Kata-kata pakciknya tidak mampu ditentang. Tambahan pula, hanya pakciknya itulah satu-satunya saudara kandungnya yang masih ada di dunia ini.
Perbualan mereka malam tadi masih terngiang-ngiang di gegendang telinganya.
"Universiti tu bagus, Ifwat. Kawan uncle yang jadi Dekan Kampus Perubatan tu. He's a Neurosurgeon (2) consultant, and he's recognized world wide for his skills and talents", jelas pakciknya, Dato' Dr Shamsuddin, Pakar Bedah yang kini bertugas di salah sebuah hospital swasta terkemuka di Malaysia.
"What are you planning to do for your specialty, Ifwat", tanya pakciknya lembut.
"Not sure uncle..I just started my 1st year..so..no idea just yet", balas Ifwat pendek.
"You have to start thinking about your future, Ifwat. Our hospital needs you", tegas pakciknya lagi.
"Ok uncle..insyaAllah, I'll start thinking about it..no worries, okay!", jelas Ifwat menenangkan pakciknya. Dia amat sedar. Hospital Ampang Permai milik keluarganya itu perlu diwarisinya suatu hari nanti.
"Hmm..talking about specialty eh?..even this whole area is still foreign to me", gumam Ifwat kebingungan. Matanya memerhati keadaan di sekitar kafetaria itu. Kafetaria yang boleh dikategorikan sebagai restoran taraf 3 bintang itu mempunyai kedudukan kerusi dan meja yang cukup teratur. Pemandangan di luar kafe yang indah boleh dinikmati melalui tingkap-tingkap dan pintunya yang lutsinar.

"Alhamdulillah..", Ifwat bersyukur di dalam hati. "Maybe this is what you call 'blessings in disguise", desis hatinya lagi. Walaupun hajat di hatinya untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara tidak kesampaian, Allah telah mencampakkannya ke sebuah tempat yang tidak kurang hebat dan indahnya. Universiti Sains Dan Inovasi Malaysia (USDIM) telah berjaya menduduki anak tangga ke 21 di antara ranking 100 Best Medical Schools in the World, menurut akhbar Malaysia Kini yang baru dibeli semalam.
Tiba-tiba gerakan orbit matanya terhenti pada sesusuk tubuh berbaju kurung bercorak bunga-bunga kecil dan bertudung biru laut. "Now that face looks familiar..", bisik Ifwat di dalam hati.
Rekod video 2 tahun lalu mula bermain di ruang mindanya..
"Abang Ifwat jangan tinggalkan Hana tau", ucap Nabila Hana. Lembut terdengar di telinga Ifwat. Bayu monsun timur laut yang sedang bertiup menambahkan lagi kenyamanan suasana. Hiruk pikuk kenderaan lalu lalang di kawasan perumahan elit Taman Tok janggut (TTJ) tidak dipedulikan.
"Iye..mana boleh abang tinggalkan Hana. We're inseparable okay..you knew that", balas Ifwat.
"Tak taula..Hana rasa macam..Hana tak lama je hidup kat dunia ni", getus Hana perlahan.
"Hisy..Hana..tak baik cakap macam tu. Ajal dan maut hanya Allah yang tahu. Mana boleh kita main rasa-rasa atau teka-teka. Dah..dah..lepas ni abang tak nak dengar dah Hana cakap macam tu lagi, ok. End of conversation!", balas Ifwat tegas.
"Ok..understood..tapi..", jawapan Hana dipintas secepat kilat oleh Ifwat.
"Dah..dah jom kita ke kelas sekarang. Dah lambat dah ni", kata Ifwat sambil berjalan laju meninggalkan Hana.
"Of course..Pelanduk dua serupa..", bisik Ifwat lagi, setelah kembali tersedar di alam nyata. Imej dari video rakaman yang bermain tadi mula hilang perlahan-lahan, diganti dengan imej gadis bertudung biru laut yang mula memenuhi ruang di saraf optiknya.
"Hmm..this university is becoming more interesting", bisik hatinya sambil tersenyum simpul.
Selesai makan, langkah diatur rapi menuju ke cashier untuk membayar harga sarapan paginya. Matanya sempat menjeling ke arah majalah yang sedang dibaca oleh gadis bertudung biru laut itu. "So..a PC geek..she is", getus hatinya, sambil otaknya ligat merancang strategi selanjutnya.
-------------------------------------------------------------------------------------
(1)Problem Based Learning (PBL) adalah satu sesi pembelajaran berkumpulan yang mana teknik pembelajarannya adalah dengan bersama-sama menyelesaikan masalah yang diberikan dalam bentuk kes-kes penyakit perubatan. Satu kumpulan PBL biasanya mengandungi anggota seramai 6-10 orang. Ianya biasa dilakukan di antara pelajar perubatan tahun pertama dan kedua pelajar fakulti perubatan.
(2)Neurosurgeon: Pakar bedah di dalam bidang saraf yang turut merangkumi saraf di otak dan seluruh badan.
No comments:
Post a Comment