Friday, December 11, 2009

Peristiwa di bilik tutorial

Isnin, 3 Ogos 2000
3 PM

Bilik Tutorial 1


"Ok, we've finished our discussion for today. We'll meet again next tuesday for your presentation on the sub topics", ujar Prof Rahman, pensyarah yang menyelia sesi 'Problem Based Learning' (PBL) Group A pada hari itu.

Setelah prof Rahman keluar dari Bilik Tutorial, semua ahli Group A menarik nafas lega. Sesi yang telah berlangsung selama 2 jam itu dirasakan seperti suatu penderaan mental yang dahsyat. Nada suara Prof Rahman yang sentiasa 'monotonous'(1) menjadikan penderaan mental itu bertambah dua kali ganda.

Kes yang akan mereka

berbicang sesama mereka mengenai presentation yang bakal




------------------------------------------------------------------------------------------------
(1)Monotonous: Satu nada yang sama dan konsisten dan tidak berubah-ubah

(1) Pengenalan

23 Ogos 2000, 0900 pagi

Dewan Kuliah 2
Kampus Perubatan
Universiti Sains Antarabangsa Malaysia (USAM)

"Assalamualaikum wrt wbkth. Dear students, today, we're glad to have two new students to join this batch's 1st year medical students. I would like to welcome brother Nabil Ifwat and sister Rania Iqbal to give their introductory speech with a short taaruf(1). Fal yatafaddhal masykura (2)", jelas Kak Roha sambil memberikan mikrofon kepada salah seorang dari pelajar baru itu.

"Assalamualaikum. Thanks Kak Roha, for the introduction. I'm Nabil Ifwat, from Selangor. Hope to get along well with all of you for the next 5 years, insyaAllah. May Allah bless. Wassalam", ujar Nabil Ifwat, tenang dan bersahaja. Mikrofon dipulangkan kembali kepada Kak Roha.

"oo..Nabil Ifwat..wah..macam Keanu Reeves..sangat handsome dan 'cool' ", suara bisikan pelajar-pelajar perempuan terdengar di sana-sini. Suasana dewan kuliah hingar sebentar.

"Okay..okay..pay attention please, students", teriak Kak Roha cuba menangkan suasana. Mikrofon diberikan pula kepada Rania.

"Assalamualaikum wrt wbkth, I'm Rania Iqbal, from Sudan. It's nice to be here in Malaysia. Please teach me bahasa Melayu and I hope we can be good friends. Cheers and wassalam", jelas Rania sambil tersenyum ceria.


________________________________________________________________________________________________
(1)Taaruf: Perkenalan (dalam bahasa Arab)
(2)Fal yatafaddhal masykura: Dipersilakan dengan segala hormatnya (dalam bahasa Arab)
Isnin, 3 Ogos 2000
3 PM

Bilik Tutorial


"Ok, we've finished our discussion for today. We'll meet again next tuesday for your presentation on the sub topics", ujar Prof Rahman, pensyarah yang menyelia sesi 'Problem Based Learning' (PBL) Group A pada hari itu.

Setelah prof Rahman keluar dari

Tuesday, December 8, 2009

Berita sedih dan gembira?

Selasa, 24 Julai 2000
0800 pagi


Ruang koridor
Kampus Perubatan
Universiti Sains dan Inovasi Malaysia (USDIM)

Suasana pagi itu sungguh nyaman. Angin sepoi-sepoi bahasa berhembus lembut menerobos masuk ke ruang koridor kampus melalui tingkap-tingkap yang sengaja dibuka. Suhu yang serendah 27 darjah celcius pada hari itu menambahkan lagi kenyamanan yang sudah sedia ada. Mentari pagi bersinar cerlang. Burung-burung berkicau merdu menyambut kedatangan pagi yang mendamaikan itu.

Dari jauh, kelihatan Alya Nur Sarah berlari-lari anak mendapatkan teman karibnya, Puteri Nurul Adnin, yang baru masuk ke ruang koridor kampus.

"Adnin, Kak Roha dari admins suruh kau datang ke office dia sekarang. Emergency katanya. Baik kau pergi cepat", kata Alya sambil tercungap-cungap.

"Oh? agaknya pasal apa ya?", tanya Adnin. Cemas berbaur takut.

"Aku pun tak surela Adnin. Tapi kata kak Roha, it's a family matter". Jelas Alya ringkas.

"Ok. Thanks Alya. Aku pergi sekarang", balas Adnin segera.

-------------------------------------------------------------------

"Adnin, Pulang segera. Ada kecemasan di rumah"

Luv,
Papa & Mama

-------------------------------------------------------------------

Telegram yang baru diterima itu segera dilipat dan disimpan rapi ke dalam bag sandang hitam Garfieldnya. Hatinya resah dan gundah. Berbagai persoalan bermain di kepalanya. Kecemasan yang bagaimana? Bila? siapa? Dimana? Mengapa?. Kesemua tandatanya ini menghambat saraf-saraf otaknya.

"Thanks Kak Roha. Akak, tolong serahkan leave form ni kepada pegawai HEP (Hal Ehwal Pelajar) ye. Saya terpaksa pulang segera ke rumah. Ada kecemasan. Nanti setelah semuanya selesai saya balik semula ke sini", pinta Adnin. Surat cuti yang telah diisi diserahkan ke tangan Kak Roha.

"Ok Adnin. Hati-hati di jalan ya", pesan Kak Roha kepada Adnin.

"Baiklah Kak Roha. Thanks again! Assalamualaikum", jawab Adnin sambil melangkahkan kaki keluar dari pejabat admins.


Sepuluh minit kemudian, Nabil Ifwat menjejakkan kaki ke pejabat admins. Langkahnya dihayun pantas. Seolah-olah sedang mengejar sesuatu.

"Kak Roha, ada telegram untuk saya ke?", tanya Ifwat tergesa-gesa.

"Ha'ah. Ni dia. Ramai pulak orang dapat telegram harini..hairan akak", balas kak Roha. Pelik.

"Oh ye ke? what a coincidence", jawab Ifwat. Santai.

---------------------------------------------------------------

"Ifwat, something happen. Need to discuss matters"

Luv,
Uncle Din

---------------------------------------------------------------

"Baru dua hari aku kat sini, dah macam-macam berlaku kat rumah", keluh Ifwat perlahan.

Setelah surat cuti diisi, Ifwat meninggalkan pejabat admins dengan penuh tanda tanya.


***

Selasa, 24 Julai 2000
2000 malam

Kawasan perumahan elit
Taman Dato' Maharajalela (TDM)

"What? uncle..you can't do this..who am I to marry is what I have to decide for myself..not others", Ifwat memberontak. Kata-kata yang keluar dari mulut pakciknya tidak dapat diterima akal.

"Uncle tahu..tapi inilah yang tertulis dalam surat wasiat arwah ayah kamu. Our hospital's lawyer yang baru beritahu uncle tentang hal ni. Dia kata, this matter should be discussed during our hospital's 10th anniversary, which is today. Ayah kamu memang dah lama berhajat untuk menjalinkan tali silaturrahim dengan keluarga Dato' Megat Burhanuddin tu.Dato' Megat tu dah banyak tolong keluarga kita masa ayah kamu sedang bertungkus-lumus nak tubuhkan hospital ni dulu. Dan sekarang, uncle dengar, keluarga dia sedang menghadapi masalah kewangan pula. Bila lagi kita nak balas budi baik keluarga dia, kalau bukan sekarang", jelas Uncle Din panjang lebar.

"Uncle..helping Dato' Megat Burhanuddin is one thing. Marrying his daughter is another totally different thing. Macam mana boleh ter'combine' dua perkara yang berbeza tu?", Ifwat berhujah. Pengalamannya sebagai juara debat peringkat nasional tidak disia-siakan.

"Ifwat..we're helping them by marrying his daughter..mereka tidak mahu menerima bantuan kewangan dari kita. By the way.. Pakcik dengar, anak perempuan Dato' Megat tu pun belajar di kampus perubatan yang sama dengan kamu. Tentu kamu kenal. Namanya Puteri Nurul Adnin", tambah Uncle Din lagi.

"Huh..si tudung biru..the computer geek?", bisik hati Ifwat sendiri.

"Uncle..mana ada orang zaman sekarang yang kahwin ikut surat wasiat lagi. Dahlah tak kenal..tup tup nak kahwin pula..kan ke tak logik tu?", hujah Ifwat lagi.

"Macam nilah..uncle tak nak paksa Ifwat. You're already a grown up. Uncle cuma menyampaikan hasrat dan wasiat arwah ayah kamu. Terpulanglah pada kamu, samada nak menerimanya atau tidak. Take your time. Solat istikharah, minta petunjuk daripada Allah. Yang penting, harini kita dah bermusyawarah. Ada hadith Rasulullah s.a.w yang berbunyi: Tidak akan rugi orang yang bermusyawarah dan tidak akan menyesal orang yang beristikharah", kata Uncle Din dengan penuh hikmah.

"Ok..uncle..can you give me 1 week to think over this matter, and of course..do the solat istikharah..at least 7x kan..", balas Ifwat lemah. Kalah dengan kata-kata Uncle Dinnya.

Dia masih terlalu muda untuk memikirkan tentang hal perkahwinan. Perjalanannya untuk memburu cita-citanya masih jauh. Dalam masa yang sama, dia juga tidak sampai hati untuk menghampakan hasrat ayahanda kesayangannya. Masih basah di ingatannya segala kenangan manis ketika mereka sekeluarga masih bersama. Kini segala-galanya hanya tinggal memori..

"Nanti bila Ifwat dah besar..Ifwat nak jadi apa, sayang?", tanya ayahnya lembut. Ketika itu Ifwat baru berusia 6 tahun.

"Abah nak Ifwat jadi apa?", tanya Ifwat kembali.

"Abah tak kisah..terpulanglah pada Ifwat..nak jadi apa. Yang penting, Ifwat kena jadi anak yang soleh, rajin solat, dan dengar cakap ayah dan ibu, boleh?", balas ayahnya, diiringi pertanyaan.

"Boleh!..tapi ayah..Ifwat nak jadi macam ayahlah..boleh tolong orang sakit..kalau nanti ayah sakit..boleh Ifwat pula yang bagi ubat", jawab Ifwat. Matanya bersinar penuh harapan.

"Ha..baguslah macam tu..nanti kalau ayah buka hospital..boleh Ifwat tolong jaga hospital ayah pula bila ayah dah tak ada nanti..", balas ayahnya sambil mengusap lembut kepala Ifwat.

"Ala..ayah kene ada dengan Ifwat..nanti Ifwat tak ada kawan..", balas Ifwat pula. Mulutnya dimuncungkan.

"InsyaAllah..ayah akan sentiasa ada di samping Ifwat. Walaupun kadang-kadang Ifwat tak nampak ayah..sebab ayah pergi kerja dan sebagainya..tapi ayah tetap ada di sini..", balas ayah Ifwat sambil meletakkan jari telunjuknya di bahagian dada Ifwat. Ifwat tersenyum gembira. Ayahnya merangkulnya erat ke dalam pelukan. Kehangatan pelukan ayahnya masih lagi dirasakan hingga ke saat ini. Tanpa disedari air mata hangatnya mengalir laju menuruni pipi.

"Ayah....kenapa ayah tulis surat wasiat yang macam ni..", bisik Ifwat di dalam hati. Dirinya kini berada di persimpangan dilema. Antara harapan ayah yang tersayang..dan hasrat diri sendiri..mana yang harus dipilih?

"Ya Allah....tolong berikanku petunjuk..", bisik Ifwat di dalam hati. Selesai mengambil wudhu, sejadah dihamparkan menghadap ke arah kiblat. Dengan penuh khusyu'dan tawadhu' takbir diangkat penuh harap. Solat istikharah dua raka'at dikerjakan dengan penuh tertib. Selesai solat, kedua tangannya diangkat menengadah ke langit...

"Wahai Tuhanku!
Aku beristikharah kepada-Mu dengan ilmu-Mu
dan aku memohon kekuatan dengan kudrat-Mu
dan aku memohon kepada-Mu dari limpah kebesaran-Mu

Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Berkuasa dan aku tidak berkuasa
Engkaulah yang Maha mengetahui dan aku tidak mengetahui
dan Engkaulah yang Maha mengetahui perkara-perkara ghaib

Wahai Tuhanku!
sekiranya Engkau mengetahui bahawa perkara itu adalah baik bagiku dan agamaku,
kehidupan dan kesudahanku
maka taqdirkanlah ia untukku
permudahkanlah ia kepadaku
dan berkatilah kepadaku dengannya

Dan jika Engkau ketahui bahawa urusan itu adalah buruk bagiku dan agamaku,
kehidupanku dan kesudahanku,
pada perkara yang sedang dan yang akan datang,

maka Engkau jauhkanlah ia dariku
dan hindarkanlah aku darinya

Dan berilah aku kebaikan dimana sahaja kebaikan itu berada
kemudian Engkau redhailah aku"..Amiin ya Rabbal 'alamin

Kata-kata ustaznya ketika di sekolah masih jelas terngiang-ngiang di telinganya: Imam An-Nawawi berkata: "Sesudah Istikharah seharusnya seseorang itu mengerjakan apa yang dirasakan lebih baik untuk dirinya. Maka seharusnyalah ia tidak berpegang kepada ketenangan hatinya yang terbit dari kehendak hawa nafsunya sebelum istikharah."

Malam itu, Ifwat tidur dengan nyenyaknya. Di dalam mimpinya, seorang bidadari yang sangat jelita telah turun dari langit, menyertainya di dalam sebuah taman nan indah. Rama-rama berterbangan seakan-akan meraikan mereka berdua. Senyuman bidadari itu begitu menawan. Ketika sang bidadari semakin dihampiri, wajahnya semakin jelas terlihat.. Si tudung biru computer geek?

Segera Ifwat terbangun dari tidur. Subhanallah..mimpi ini..adakah petunjuk..atau khayalan dari syaitan? Dirinya diselubungi kekeliruan. Jam di dinding menunjukkan waktu 4.30 pagi. Dirinya digagahkan untuk ke dapur, lalu bersahur. Selesai sahur, Ifwat bergegas mengambil wudhu' dan menunaikan solat taubat, diikuti tahajjud, istikharah dan witir. Budaya qiyamullail sememangnya telah dipupuk sejak kecil ke dalam jiwanya. Latar belakang keluarga dan sekolah yang baik, membantunya untuk terus istiqamah di dalam mengerjakan qiyamullail ini. Terutama ketika berhadapan dengan sesuatu situasi yang sukar, qiyamullailnya akan dilipatgandakan lebih dari biasa.

"Ifwat, lazimkanlah diri untuk berqiyamullail..sebab qiyamullail ni, amalan orang soleh. Ia akan menghampirkan kamu dengan Allah, menebus keburukan kamu dan mencegah kamu dari melakukan dosa. Ada hadis Rasulullah tentang perkara ini(1). Ingatlah, anakku..", pesan ibunya sambil mengusap-usap pipinya.

"Ibu...Ifwat perlukan nasihat ibu..", desis hatinya. Foto keluarganya ditatap penuh kerinduan. Tragedi kemalangan jalan raya 2 tahun lalu telah meragut nyawa seluruh anggota keluarganya, meninggalkan dirinya keseorangan sebatang kara di dunia ini. Ketika kemalangan itu berlaku, Ifwat sedang mengikuti program perkhemahan anjuran sekolahnya. Manakala keluarganya yang pada waktu itu sedang dalam perjalanan menuju ke rumah pakciknya telah dirempuh oleh sebuah lori balak dari balik selekoh yang tajam.

***
Selasa, 24 Julai 2000
2000 malam

Taman Perumahan Dato' Bahaman (TPDB)

" Adnin, mama dan papa ada hal penting nak beritahu. mama harap, Adnin dapat bertenang, dan bersabar setelah mendengar apa yang kami sampaikan ini", kata Puan Julia memulakan bicara. Wajah anak gadisnya ditenung penuh kasih. Wajah Dato' Megat kelihatan sugul. Suasana di dalam rumah sunyi sepi.

Adnin berdebar menanti kata-kata yang bakal keluar dari mulut mamanya. Pelbagai sangkaan dan kemungkinan datang menghujani pemikirannya.

"Adnin, syarikat papa sekarang sedang dilanda krisis. Projek-projek papa banyak yang terbengkalai. Banyak hutang-piutang syarikat papa yang tidak mampu papa langsaikan. Sekiranya hal ini berlarutan, nama syarikat papa akan disenaraihitamkan dan papa akan diisytiharkan bankrup", jelas Dato' Megat panjang lebar.

"Ya Allah..papa..", ujar Adnin. Tidak mampu membalas panjang.

"Dan papa tak akan mampu lagi membayar yuran pengajian Adnin di kampus", tambah Dato' Megat lemah.

"Adnin faham papa..", balas Adnin perlahan.

"Adnin, ada satu perkara lagi yang perlu kami sampaikan", ujar Puan Julia pula.

"Apa dia mama..katakan saja..insyaAllah Adnin sedia mendengar", jawab Adnin lemah. Hatinya dikuatkan.

"Baru-baru ni, ada rombongan merisik datang bertanya tentang Adnin dari keluarga Dato' Dr Shamsuddin. Mereka ni kenalan baik papa sejak kamu kecil lagi. Kamu tentu ingat dengan anak Dr Saiful Bahri..namanya Nabil Ifwat. Dia pun sekarang belajar di kampus perubatan yang sama dengan kamu di USDIM tu", jelas Puan Julia panjang lebar. Kata-katanya dihentikan untuk melihat reaksi dari Adnin.

"Huh?..the specky..nerdy..Keanu Reeves..is Nabil Ifwat?",desis Adnin di dalam hati. Tidak percaya. Kecilnya dunia.

"Mama..Adnin baru 20 tahun..tak nak fikir pasal kahwin lagi..Adnin nak habiskan belajar dulu", balas Adnin tidak setuju.

"Macam ni Adnin..kalau Adnin bersetuju dengan pinangan mereka..Adnin masih boleh terus belajar, walaupun sudah berkahwin. Mereka berjanji akan membantu membayarkan yuran pengajian Adnin, sampai Adnin tamat belajar nanti", sahut Dato' Megat pula.

"Mama rasa..ini peluang yang baik untuk Adnin dapat terus belajar di kampus perubatan tu, dan pada masa yang sama, papa dan mama memang dah lama berhajat nak bersaudara dengan keluarga Dr Saiful Bahri. Kami memang kawan rapat sejak di universiti lagi. Cuma..Allah lebih menyayangi mereka. Mereka sekeluarga telah terkorban dalam nahas jalan raya..2 tahun lalu..meninggalkan Nabil Ifwat sebagai satu-satunya ahli keluarga mereka yang masih hidup. Kasihan budak tu..", terang Puan Julia panjang lebar.

"Adnin bebas membuat keputusan. Kami tidak akan memaksa Adnin. Terpulanglah kepada Adnin, samada mahu menerima pinangan keluarga mereka atau tidak. Kamu dah dewasa Adnin. Papa dan mama percaya, Adnin akan membuat keputusan yang bijak, insyaAllah", tambah Dato' Megat. Penuh hikmah.

"Papa..mama..semua ni..terlalu berat untuk Adnin terima dalam satu malam..berikan Adnin tempoh untuk berfikir..dan membuat keputusan ya?, jawab Adnin. Fikirannya kusut.

Kakinya dihayun perlahan ke bilik tidur. Perjalanan dari kampus ke rumahnya yang mengambil masa sekitar 7 jam, benar-benar meletihkan. Ditambah dengan dua berita besar yang baru sahaja diterima tadi, keletihan itu menjadi bertambah melelahkan. Di dalam pemikirannya kini, Adnin hanya mahu tidur dengan aman. Sebaik sahaja meletakkan kepalanya ke bantal, Adnin terus terlelap.

***

Suara kicauan burung yang bersahutan antara satu sama lain mengejutkan Adnin dari tidur. Jam tangannya baru menunjukkan pukul 5.15 pagi.

"Ada lagi 30 minit sebelum masuk subuh..sempat lagi ni..untuk qiyam", bisik Adnin sendiri.




----------------------------------------------------------------------------------------------

(1) Dari Ummah Al-Bahili dari Rasulullah s.a.w ;"hendaklah kamu
melazimkan (qiamulail) sembahyang malam. Sebab itu adalah
amalan orang-orang soleh sebelum kamu. Ia menghampirkan kamu
dengan tuhan, menebus keburukan (kamu) dan mencegah dari
melakukan dosa" ( Riwayat At-Tarmizi )

Bunga-bunga di hati

Isnin, 23 Julai 2000
10 AM

12 o'clock from the cashier

Kafetaria,
Kampus Perubatan,
Universiti Sains Dan Inovasi Malaysia (USDIM)


"Wah..Adnin..lawa baju kau harini..ada apa-apa ke?", sapa Alya Batrisyia, teman rapat Nurul Adnin.

"Mestila..baju raya ni..bau kedai lagi tau", balas Adnin bangga.

"Oh ye ke..tu la..matching je..tudung biru laut plain, baju kurung corak bunga-bunga kecil biru, background putih..cun gile", komen Alya kagum.

"Ye..thank you..tapi sorryla..aku tak cukup duitla harini untuk belanja kau sarapan", jawab Adnin seperti mengetahui akan adanya udang di sebalik mee.

"Ala..kau ni Adnin..tak baik tau..aku puji ikhlas ni", jelas Alya menepis sangka buruk Adnin.

"Yelah..yelah..terima kasihlah..wahai sahabat baikku, Puteri Alya Batrisyia yang rupawan", balas Adnin sambil tersenyum.

"Ok..ok..jom tukar topik..Adnin, kau tau tak..ada budak baru join batch kita", kata Alya.

"Oh ye ke..", balas Adnin sambil terus membaca majalah PC yang baru dibeli. Nasi goreng yang masih panas dikunyah perlahan.

"Yup..Dia masuk direct dari A-level program..dengarnya dia datang dari UK..mesti english berabuk", tambah Alya lagi.

"Hmm..hm..", balas Adnin acuh tak acuh.

"Eh Adnin..concentrate la sikit..dia masuk dgn CGPA 4.0 ceritanya..and the best thing is..muka dia macam Keanu Reeves tau!!", jelas Alya panjang lebar.

"Oh..ye ke..oh my God..I hate Keanu Reeves..bukan dia gay ke? and by the way..kenapa kau sibuk bagitau aku detail info pasal mamat tu?", tanya Adnin mula berang kerana sarapan paginya terganggu.

"Ala..Alya..rumors je yg kata Keanu Reeves tu gay..and for your information, aku bagitau kau..sebab mamat tu..satu group dengan kau untuk PBL (Problem based Learning)(1)nanti", balas Alya sambil tersenyum penuh makna.

"So?..kau nak aku jadi posmen tak bertauliah untuk kau?", tanya Adnin tanpa bertapis-tapis lagi.

"Takla sampai macam tu....tapi..possibility tu ada..keh keh..", jelas Alya sambil ketawa nakal.

"Sorry..not in a lifetime..wrong person..jangan harap..never..mowwa...nehi!", balas Adnin tegas dalam empat bahasa yang diketahui sedikit-sedikit.

"Ala..Adnin..please..please...kita kan kawan dunia akhirat...", pujuk Alya tanpa putus asa.

Adnin terus menutup kedua-dua gegendang telinganya dengan telapak tangan.

"Eh Adnin..mamat tu ada kat sini la..", tiba-tiba Alya berbisik ke telinga kanan Adnin.

"3 o'clock from us..tengah makan bihun goreng..baju kemeja kotak-kotak merah", tambah Alya lagi, sambil berpura-pura memandang ke arah lain.

"Laa..specky and nerdy ke?", balas Adnin dengan pernyataan berbau kutukan.

"Yela specky..but not nerdy okay..kalau die pakai contact lens memang sebijik macam Keanu Reaves tau..smoking hot!!", jawab Alya membela pemuda pujaannya.

"Ok..stop looking..he's gonna look towards us now", Alya memberikan arahan.

"And..why is that?", balas Adnin, curious.

"Because..we're sitting just in front of the cashier, and he's gonna pay his meal right now, sebab dia dah telan semua mihun dia..satisfied?", jawab Alya geram.

"Err..aku pun dah habis makan la Adnin..aku nak pergi bayar jugakla..hehe", jelas Alya sambil ketawa penuh rahsia.

"Yela..pegi la...kejar Keanu Reeves kau tu", jawab Adnin sambil meneruskan pembacaan majalahnya.

--------------------------------------------------------------------
Isnin, 23 Julai 2000
10 AM

3 o'clock from the cashier

Kafetaria,
Kampus Perubatan,
Universiti Sains Dan Inovasi Malaysia (USDIM)


"What am I doing here?", bisik Nabil Ifwat di dalam hati. Keputusan pakciknya yang nekad untuk menghantarnya melanjutkan pelajaran di universiti ini tidak mampu dihalang lagi. Kata-kata pakciknya tidak mampu ditentang. Tambahan pula, hanya pakciknya itulah satu-satunya saudara kandungnya yang masih ada di dunia ini.

Perbualan mereka malam tadi masih terngiang-ngiang di gegendang telinganya.

"Universiti tu bagus, Ifwat. Kawan uncle yang jadi Dekan Kampus Perubatan tu. He's a Neurosurgeon (2) consultant, and he's recognized world wide for his skills and talents", jelas pakciknya, Dato' Dr Shamsuddin, Pakar Bedah yang kini bertugas di salah sebuah hospital swasta terkemuka di Malaysia.

"What are you planning to do for your specialty, Ifwat", tanya pakciknya lembut.

"Not sure uncle..I just started my 1st year..so..no idea just yet", balas Ifwat pendek.

"You have to start thinking about your future, Ifwat. Our hospital needs you", tegas pakciknya lagi.

"Ok uncle..insyaAllah, I'll start thinking about it..no worries, okay!", jelas Ifwat menenangkan pakciknya. Dia amat sedar. Hospital Ampang Permai milik keluarganya itu perlu diwarisinya suatu hari nanti.

"Hmm..talking about specialty eh?..even this whole area is still foreign to me", gumam Ifwat kebingungan. Matanya memerhati keadaan di sekitar kafetaria itu. Kafetaria yang boleh dikategorikan sebagai restoran taraf 3 bintang itu mempunyai kedudukan kerusi dan meja yang cukup teratur. Pemandangan di luar kafe yang indah boleh dinikmati melalui tingkap-tingkap dan pintunya yang lutsinar.



"Alhamdulillah..", Ifwat bersyukur di dalam hati. "Maybe this is what you call 'blessings in disguise", desis hatinya lagi. Walaupun hajat di hatinya untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara tidak kesampaian, Allah telah mencampakkannya ke sebuah tempat yang tidak kurang hebat dan indahnya. Universiti Sains Dan Inovasi Malaysia (USDIM) telah berjaya menduduki anak tangga ke 21 di antara ranking 100 Best Medical Schools in the World, menurut akhbar Malaysia Kini yang baru dibeli semalam.

Tiba-tiba gerakan orbit matanya terhenti pada sesusuk tubuh berbaju kurung bercorak bunga-bunga kecil dan bertudung biru laut. "Now that face looks familiar..", bisik Ifwat di dalam hati.

Rekod video 2 tahun lalu mula bermain di ruang mindanya..

"Abang Ifwat jangan tinggalkan Hana tau", ucap Nabila Hana. Lembut terdengar di telinga Ifwat. Bayu monsun timur laut yang sedang bertiup menambahkan lagi kenyamanan suasana. Hiruk pikuk kenderaan lalu lalang di kawasan perumahan elit Taman Tok janggut (TTJ) tidak dipedulikan.

"Iye..mana boleh abang tinggalkan Hana. We're inseparable okay..you knew that", balas Ifwat.

"Tak taula..Hana rasa macam..Hana tak lama je hidup kat dunia ni", getus Hana perlahan.

"Hisy..Hana..tak baik cakap macam tu. Ajal dan maut hanya Allah yang tahu. Mana boleh kita main rasa-rasa atau teka-teka. Dah..dah..lepas ni abang tak nak dengar dah Hana cakap macam tu lagi, ok. End of conversation!", balas Ifwat tegas.

"Ok..understood..tapi..", jawapan Hana dipintas secepat kilat oleh Ifwat.

"Dah..dah jom kita ke kelas sekarang. Dah lambat dah ni", kata Ifwat sambil berjalan laju meninggalkan Hana.

"Of course..Pelanduk dua serupa..", bisik Ifwat lagi, setelah kembali tersedar di alam nyata. Imej dari video rakaman yang bermain tadi mula hilang perlahan-lahan, diganti dengan imej gadis bertudung biru laut yang mula memenuhi ruang di saraf optiknya.

"Hmm..this university is becoming more interesting", bisik hatinya sambil tersenyum simpul.

Selesai makan, langkah diatur rapi menuju ke cashier untuk membayar harga sarapan paginya. Matanya sempat menjeling ke arah majalah yang sedang dibaca oleh gadis bertudung biru laut itu. "So..a PC geek..she is", getus hatinya, sambil otaknya ligat merancang strategi selanjutnya.

-------------------------------------------------------------------------------------
(1)Problem Based Learning (PBL) adalah satu sesi pembelajaran berkumpulan yang mana teknik pembelajarannya adalah dengan bersama-sama menyelesaikan masalah yang diberikan dalam bentuk kes-kes penyakit perubatan. Satu kumpulan PBL biasanya mengandungi anggota seramai 6-10 orang. Ianya biasa dilakukan di antara pelajar perubatan tahun pertama dan kedua pelajar fakulti perubatan.

(2)Neurosurgeon: Pakar bedah di dalam bidang saraf yang turut merangkumi saraf di otak dan seluruh badan.

Monday, December 7, 2009

Aku ingin terbang tinggi

Awan pada pagi 7 Disember 2009 itu berwarna kelabu. Cuaca musim sejuk di luar rumah tidak begitu dirasakan, dengan bantuan 'heater' yang baru dibetulkan minggu lepas.

Kain dan baju yang telah kering setelah disidai di dalam bilik selama 2 hari kuangkat dan kuletakkan ke dalam bakul. Sambil melipat kain, fikiranku menerawang. Memikirkan tentang situasi yang sedang kuhadapi hari ini. Suri rumah sepenuh masa dan baru saja gagal dalam peperiksaan kelayakan untuk menjadi doktor pakar.

'Am I that pathetic?", aku menyoal diriku sendiri. Terasa seperti seorang manusia yang sangat tidak berharga. Terasa seperti kewujudanku adalah suatu kewujudan yang sekiranya mati pun, tidak akan dirasakan kehilangannya oleh sesiapa.

Air mata mengalir hangat menuruni pipi.

"Bagaimana untuk kuteruskan hidup yang seperti ini?"
"Apa yang harus kulakukan untuk mengubah nasib diri ini?"

Soalan bertubi-tubi kulontarkan ke benak minda.

Bunyi siren permainan helikopter anak kecil ku yang berumur 2 tahun itu menyedarkan ku dari lamunan. Wajahnya masam mencuka. Manakala kedua-dua belah tangannya menggosok kedua-dua biji matanya. Iqbal perlu ditidurkan segera, sebelum keresahannya itu bbertukar menjadi lebih parah.

------------------------------------------------------------------------------------

14 Julai 1996

Angin bayu yang bertiup dari pesisiran Pantai Teluk Cempedak itu berhembus lembut menyapa pipi. Pagar kampus berwarna kelabu itu kurenung kosong. Pengawal keselamatan yang sedang asyik membaca surat khabar di dalam pondok pengawal kelihatannya begitu tekun membaca. Jika ada perompak yang mencuri masuk ke dalam ruang kampus pun pasti tidak akan disedari olehnya.

"Adakah aku akan menghabiskan 7 tahun dari hayatku di sini?", tanyaku sendiri.

Friday, November 21, 2008

Adnin-Ifwat:The End

Ifwat--cancer--died
b4 died--wrote letter to Adnin
to continue struggling in life to pursue her dreams
Ifwat:cheerful, friendly
(spm--matrix years)

Another hero appeared
Hero--cool--cold hearted---silence---speaks little
Serious--speaks only important matter
cynical--low profile
mysterious
someone important, vip?
(university--work years)